Skip to main content

Review Cream Herbal Tropika Murah

Review Cream Herbal Tropika

Hari ni nak buat review pasal Herba Cream Tropika la..Krim ni dijadikan telon herba atau viks herba.Krim ini dirumus sebagai rawatan 2 dalam 1:

Ianya merupakan krim telon untuk mencegah dan merawat perut kembung, perut berangin, colics dan permasalahan lain yang biasa dihadapi oleh bayi.Baby2 baru lahir pun boleh guna. Semasa AlQays umur 1 bulan..dia kena selsema..risaulaa akak..tengok2 web berkenan nak beli telon ni..Alhamdulillah dia serasi..kulit pun tak menggelupas atau merah-merah. Baby sebulan mana boleh makan ubat batuk..risauu ajela mama ni..

Krim herbal Tropika ini dirumus menggunakan minyak kelapa dara, halia, minyak kayu putih serta beberapa lagi herba tropika. Ia tidak mengandungi sebarang bahan sintetik atau steroid atau parabens yang boleh menyebabkan masalah sampingan samada jangka pendek atau panjang. Krim telon herba / viks herba TROPIKA dijamin HALAL kerana ia dikilangkan sendiri oleh pengilang bumiputra Muslim tanpa melibatkan sebarang unsur atau bahan yang haram.


Sebelum tu pernahla guna minyak telon lain..kesan merah..huhu.rupanya bila kita guna pun panas..
Yang sedih lagi banyak minyak telon yang digunakan oleh orang Islam di negara kita yang mengandungi bahan yang haram.

Oleh itu tak salah kita beralih daripada mengguna produk-produk yang kita was-was kepada produk keluaran orang Islam yang pastinya selamat dan HALAL.

 CARA PENGGUNAAN

Cara PENGGUNAAN krim telon herba / viks herba TROPIKA, rawatan 2 dalam 1

1. Sebagai krim telon
- setiap kali selepas mandi sapukan krim pada telapak kaki bayi, perut dan sendi-sendi. Sapu dan gosok perlahan-lahan sehingga krim meresap ke dalam kulit. Krim ini apabila dipakai pada bayi ia tidak panas dan tidak mendatangkan radang kepada kulit bayi.

Amalkan penggunaan krim telon herba ini samada sebagai mencegah atau merawat perut kembung, peru tberangin dan colics. Bagi bayi yang belum gugur pusat, ketika menyapu krim pada perut elakkan menyapu krim di pusat tersebut. Bukanlah bahaya, cuma tidak mahu menyentuh bahagian yang masih sensitif.

2. Sebagai krim viks
 – apabila ada tanda-tanda selsema atau berhingus atau kahak yang boleh menyebabkan pernafasan berbunyi dan terganggu, sapu krim pada dada dan belakang bayi, buat seperti viks. Gosok-gosokkan krim pada dada bayi dan bahagian atas belakang, terutama ketika tidur malam, supaya wap krim disedut / hidu oleh bayi. InsyaAllah, selsema dan hingus akan berkurangan dan kahak akan keluar dan nafas berbunyi / wheezing akan berhenti. Ulangkan sapuan setiap 2 – 3 jam sekali sehingga masalah diatasi. Elakkan menyapu krim pada muka, pipi atau hidung. Bahagian-bahagian ini kulit lebih sensitif dan boleh berlaku radang kulit. Kami sarankan kepada ibu-ibu, kalau nak sapu di hidung, cubalah sedikit-sedikit dan perhatikan reaksi kulit bayi.

Kita juga tidak menggalakan menyapu krim pada muka, pipi atau hidung atau di tempat-tempat yang terdedah kepada sentuhan tangan bayi, kalau-kalau bayi menyentuh tempat-tempat tersebut kemudian dibawanya ke mata. Sebab itu kita sarankan disapu di dada dan di bahagian atas belakang dan dipakaikan baju untuk bayi tersebut.

Semua produk-produk TROPIKA boleh disimpan lama, tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, cukup ditutup rapat dan disimpan di tempat yang udara boleh berputar, jauh dari sinaran matahari dan juga suhu yang tinggi.


ISI KANDUNGAN:
1. Minyak Kelapa Dara
2. Ekstrak Halia
3. Minyak Kayu Putih

Jom Kita Beralih menggunakan yang Halal dan Yang Pastinya baby yang selsema atau batuk  Tak payah nak kena makan ubat

Akak Beli Cream Herbal Tropika Tu kat sini la

Comments

Popular posts from this blog

Kantung Tanpa Janin

RENTETAN KEHAMILAN -->  Maka aku pun pergilah sahkan ujian UPT kat klinik bersalin pada 29.11.2012.Memang positif.Bila scan, doktor kata ok, dah nampak karung yang makin membesar,kalau ikutkan period dalam 6 minggu.Cuma biasala kalau scan tak berapa nampak lagi, cuma nampak karung je. 
Next appointment pada 15.12.2012  untuk pengesahan.Tarikh jangka bersalin tak conform nanti kita cek pada 15.12.2012 ni la.Aku pun pelik doktor ni, kalau tak mesti dari last period tu dia dah tau jangkaan due date ku.Musykil-musykil. Lagipun dah dua anak aku bersalin di kliniknya. Cuma dia bagitau aku, saya ada cek sorang ni,ujian UPT negatif, scan tak ada, bila dah masuk 3 bulan memang nampak scan 3 bulan tuh.Aku agak mesti scan dia tak canggih. Hahaha padahal dah dua anak aku bersalin kat sini kenapa time ni pulak jadi tak canggihnya???. Sebenarnya untuk menutup gundahku.
Sepatutnya appointment 15.12.2012, aku datang 17.12.2012, ni hasil scannya:

Nampak apa-apa tak?aku tak faham.Tapi katanya masih …

Tukang Urut Bersalin, Mengurut Bersalin Kuala Terengganu

Terima kasih kepada blog follower saya.Erm..maaf sebab lama saya tak update blog saya.Rupanya dah bersawang dengan sarang labah-labah yang cute :)

Nanti saya update lagi dengan pos-pos menarik tentang apa saje ye. Ok yang ni saya nak update pasal tukang urut di Terengganu.

Baru ni masa balik Terengganu saya mengurut dengan seorang sis ni, dia ni asalnye seorang Nurse Terlatih.Maknanye pemegang diploma in nursingla.Kemudian dia berhenti kerja sebab dia ni tak suka terikat dengan masa kerja shift. Maklumkan nurse gomen kerja shift dengan anak-anak kecik lagi. Lagi pun rezeki dari Allah anak-anaknya ramai :) . Sekarang dia sedang berusaha menghabiskan diploma in mengurut-mengurut pulak sebab sekarang tukang urut semua dah kena ada tauliah katanya.Saya pun tak faham sangatla pasal ni, cuma kat sini saya nak promote dia skit..chewahhh..macamla dapat komisyen.. Dia mengurut best.Saya aritu mengurut seluruh badan..huhuhu..lame pulak tu..adela dalam 1 jam stgh ke 2 jam terrr...Dahla kita ni …

TEKANAN SEMASA MENGANDUNG MEMPENGARUHI BAYI

Persoalan pada minggu ini, adakah tekanan (stress) yang dialami oleh ibu semasa mengandung mempunyai kaitan dengan perkembangan emosi kanak-kanak?

Tekanan (stress) mempunyai banyak dimensi pengertian. Salah satu daripadanya mendEfinasikan tekanan (stress) sebagai sebarang bentuk kesedaran psikofisiologikal yang boleh meletihkan sistem tubuh badan sehingga membawa kepada tidak berfungsi dan berpenyakit.

Ia mungkin berbentuk fizikal seperti penyakit mental seperti risau, gelisah dan spiritual seperti perasaan berdosa dan bersalah. Umum mengetahui bahawa tekanan (stress) menjadi begitu negatif sekiranya ia melepasi paras keupayaan seseorang menanganinya. Ia menjadi positif sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dan meningkatkan kekuatan mekanisme adaptasi.

Banyak perhatian para doktor ditumpukan kepada kelainan-kelainan mental yang berlaku selepas bersalin daripada melihat kepada masalah-masalah semasa mengandung yang mungkin memberi kesan semasa bayi.

Ini kerana pengetahuan kita tentang se…