Skip to main content

Beli Hartanah Tanpa Modal

Beli rumah di tengah bandaraya Shah Alam Tanpa Modal dan pastinya Below Market Value

Dah lama tak update blog kesayangan..throwback 2008..

Ini merupakan pembelian rumah subsale daripada direct owner.Harga asal yang ditawarkan adalah RM210,000.00 .Setelah menjalani negotiate dengan owner kami mendapat harga RM175,000.00.Alhamdulillah..memang masa tahun 2008 tu kalau bagi kami Rm175,000.00 bleh tahan tinggi lah..al maklumlah..gaji tak ade la besar sangat.Masa tu pulak market value dalam RM185,000.00 below market value tu..

Kemudian owner tanya mau guna loan bank ke loan kerajaan..kami memang nak guna loan kerajaan sebab dua2 kami masih belum lagi guna kelayakan pinjaman perumahan kerajaan tu.Kami bgtau kami akan guna loan kerajaan.apa lagi..katanya ok..cuma bagi deposit tanda jadi RM500.00 sahaja..yang selebihnya selepas urusan selesai..Alhamdulillah lagi sebab SelamaT duit simpanan kami..Aamin..Ya Rabb..

Owner sebenarnya Chinese dan bekas pesara kerajaan.Katanya bagusla kalau cepat2 guna loan kerajaan..nanti habis awal boleh la ambik loan kedua..macam dia dan isteri mendapat 4 rumah dari kemudahan yang diberikan kerajaan.Terima kasih Kerajaan Malaysia sebab memberi kemudahan ini kepada kami.Terima kasih uncle sebab bagi rumah tu dengan harga below market value dan deposit RM500.00!

Kami menggunakan pinjaman suami.Ambik RM175,000.00 Full loan.Sebab fikir long term nak guna pinjaman kedua lak..tertakluk kelayakan semasa tu 😊. Ding dong2 urusan dari mendapatkan consent(sebab rumah leasehold) sehingga la payment kepada owner mengambil masa selama 6 bulan.

Dan secara rasminya kami adalah merupakan pemilik kepada rumah Seksyen 1x di Shah Alam.Yang penting dekat Masjid Shah Alam. Senang bila orang tua kami berkunjung.. dorang akan pegi ke Masjid tu..Tempat makan pun dekat aje..nak pi mall pun dpn umah aje..concorde hotel pun depan umah..sekarang disewakan kepada student UITM..dengan pesanan..adik..jaga elok2 rumah kami ye ☺

Comments

Anonymous said…
Hi sis... Sy tetarik dgn entry sis pasal beli rumah ni... SBB sy alami perkara yg sama... Sy ingt nak beli menggunakan gov loan... Owner rumah hanya ada minta deposit 500 utk Surat menyurat... Tp mcm mna plak dgn lawyer? Adakah kite perlu lantik lawyer kite sendiri
TyNaVildan said…
Salam. Kalau lawyer ni ikut pengalaman sis,kita ikut sahaja owner nak guna lawyer kita ataupun lawyer dia.Macam sis dulu guna lawyer dia.Memudahkan urusan. Dan mula2 tu takut jugak conflict of interest..takut memihak pada dia..tapi tak berlaku "conflict of interest" tu.kerja pun siap cepat.sebab owner bila dah jual mesti nak duit cepat, jadi dia pun gesala lawyer dia :)

Popular posts from this blog

Kantung Tanpa Janin

RENTETAN KEHAMILAN -->  Maka aku pun pergilah sahkan ujian UPT kat klinik bersalin pada 29.11.2012.Memang positif.Bila scan, doktor kata ok, dah nampak karung yang makin membesar,kalau ikutkan period dalam 6 minggu.Cuma biasala kalau scan tak berapa nampak lagi, cuma nampak karung je. 
Next appointment pada 15.12.2012  untuk pengesahan.Tarikh jangka bersalin tak conform nanti kita cek pada 15.12.2012 ni la.Aku pun pelik doktor ni, kalau tak mesti dari last period tu dia dah tau jangkaan due date ku.Musykil-musykil. Lagipun dah dua anak aku bersalin di kliniknya. Cuma dia bagitau aku, saya ada cek sorang ni,ujian UPT negatif, scan tak ada, bila dah masuk 3 bulan memang nampak scan 3 bulan tuh.Aku agak mesti scan dia tak canggih. Hahaha padahal dah dua anak aku bersalin kat sini kenapa time ni pulak jadi tak canggihnya???. Sebenarnya untuk menutup gundahku.
Sepatutnya appointment 15.12.2012, aku datang 17.12.2012, ni hasil scannya:

Nampak apa-apa tak?aku tak faham.Tapi katanya masih …

Tukang Urut Bersalin, Mengurut Bersalin Kuala Terengganu

Terima kasih kepada blog follower saya.Erm..maaf sebab lama saya tak update blog saya.Rupanya dah bersawang dengan sarang labah-labah yang cute :)

Nanti saya update lagi dengan pos-pos menarik tentang apa saje ye. Ok yang ni saya nak update pasal tukang urut di Terengganu.

Baru ni masa balik Terengganu saya mengurut dengan seorang sis ni, dia ni asalnye seorang Nurse Terlatih.Maknanye pemegang diploma in nursingla.Kemudian dia berhenti kerja sebab dia ni tak suka terikat dengan masa kerja shift. Maklumkan nurse gomen kerja shift dengan anak-anak kecik lagi. Lagi pun rezeki dari Allah anak-anaknya ramai :) . Sekarang dia sedang berusaha menghabiskan diploma in mengurut-mengurut pulak sebab sekarang tukang urut semua dah kena ada tauliah katanya.Saya pun tak faham sangatla pasal ni, cuma kat sini saya nak promote dia skit..chewahhh..macamla dapat komisyen.. Dia mengurut best.Saya aritu mengurut seluruh badan..huhuhu..lame pulak tu..adela dalam 1 jam stgh ke 2 jam terrr...Dahla kita ni …

TEKANAN SEMASA MENGANDUNG MEMPENGARUHI BAYI

Persoalan pada minggu ini, adakah tekanan (stress) yang dialami oleh ibu semasa mengandung mempunyai kaitan dengan perkembangan emosi kanak-kanak?

Tekanan (stress) mempunyai banyak dimensi pengertian. Salah satu daripadanya mendEfinasikan tekanan (stress) sebagai sebarang bentuk kesedaran psikofisiologikal yang boleh meletihkan sistem tubuh badan sehingga membawa kepada tidak berfungsi dan berpenyakit.

Ia mungkin berbentuk fizikal seperti penyakit mental seperti risau, gelisah dan spiritual seperti perasaan berdosa dan bersalah. Umum mengetahui bahawa tekanan (stress) menjadi begitu negatif sekiranya ia melepasi paras keupayaan seseorang menanganinya. Ia menjadi positif sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dan meningkatkan kekuatan mekanisme adaptasi.

Banyak perhatian para doktor ditumpukan kepada kelainan-kelainan mental yang berlaku selepas bersalin daripada melihat kepada masalah-masalah semasa mengandung yang mungkin memberi kesan semasa bayi.

Ini kerana pengetahuan kita tentang se…