January 21, 2013

Kantung Tanpa Janin

RENTETAN KEHAMILAN -->  Maka aku pun pergilah sahkan ujian UPT kat klinik bersalin pada 29.11.2012.Memang positif.Bila scan, doktor kata ok, dah nampak karung yang makin membesar,kalau ikutkan period dalam 6 minggu.Cuma biasala kalau scan tak berapa nampak lagi, cuma nampak karung je. 

Next appointment pada 15.12.2012  untuk pengesahan.Tarikh jangka bersalin tak conform nanti kita cek pada 15.12.2012 ni la.Aku pun pelik doktor ni, kalau tak mesti dari last period tu dia dah tau jangkaan due date ku.Musykil-musykil. Lagipun dah dua anak aku bersalin di kliniknya. Cuma dia bagitau aku, saya ada cek sorang ni,ujian UPT negatif, scan tak ada, bila dah masuk 3 bulan memang nampak scan 3 bulan tuh.Aku agak mesti scan dia tak canggih. Hahaha padahal dah dua anak aku bersalin kat sini kenapa time ni pulak jadi tak canggihnya???. Sebenarnya untuk menutup gundahku.

Sepatutnya appointment 15.12.2012, aku datang 17.12.2012, ni hasil scannya:


Nampak apa-apa tak?aku tak faham.Tapi katanya masih tak nampak.Cuma awal-awal tu ada,mungkin baby menyorok ke dimensi lain. Dia tenangkan aku, jangan risau katanya.Ada kes macam ni.

Aku tak puas hati, aku pergi cari klinik lain di Shah Alam, nak tengok hasilnya??


Hah, lega sikit, ada. dalam 7w 4d .Alhamdulillah. Due date 03 August 2013.Jantung baby dah ada.Doktor bagitaula, aku tak tau hape.

Next appointment di Klinik Bersalinku pada 04.01.2013, doktor cuba scan lagi sekali, hasilnya


Nampak tak keratan rentas tu, dari scan doktor tu nampak katanya 7w4d jugak.Hah, macamana boleh sama dengan scan pada 19.12.2012 tu?sepatutnya dalam 10 minggu lah.Maka doktor kata ok,saya buat surat mintak you rujuk hospital ye, sebab saya nampak baby you tak ada progress dan tak sama dengan umur. Ukuran dia pun baru 1.32 cm.In kes dalam pada tu ada tanda turun darah, you kena terus pergi hospital yea. Aku tanya doktor, next appointment aku bila? dia kata you pergi rujuk hospital dulu yea. Bagusla dia ni, tak nak risaukan aku. Dia tak cakap lebih-lebih pun. Cuma mintak aku rujuk hospital. adushhh ape dah jadi.

Hah, aku tak pergi pun ke hospital aku cuma redha dah apa berlaku, puas encik hubby pujuk.Aku kata tunggu sehingga akhir bulan satu ni, kita pergi.maka pada 13.01.2013 ada sporting sikit. Aku dah syak.Biarlah tunggu besok.Tengok macamana. Besoknya time nak solat zohor makin banyak.Aku dah terketar-ketar ajak ofismate temankan aku ke klinik,aku takleh drive dah. Thanks Kak Ani yea.

Di klinik, doktor kata, 99% janin you dah tak jadi samaada you nak buat D&C atau tunggu sahaja dia turun sendiri.Adusshh ni first time aku, takutnya, suami pulak kat kampung.Mak mertua tak sihat.Maka, apa-apa keputusan tunggu encik hubbyla. Lagipun aku masih belum ada tanda-tanda sakit. Doktor kata kalau dia nak keluar yang ketul (janin) tu akan rasa sakit cam nak bersalin.
Pukul 6.05 petang tu jugak encik hubby carik tiket flight.

Ya Allah, andai ini ketentuanMu aku redha dan aku tahu apa yang Engkau berikan ada hikmah disebaliknya.

Maka 16.01.2013 Proses D&C bermula,

Pagi, masuk ke Klinik bersalin, doktor masukkan ubat,katanya nak bagi rahim terbuka. Bagi masa sikit, andai rasa sakit dan keluar darah bagitau. Bila sakit encik hubby bagitau Doktor terus ke bilik bedah. Doktor kata ok, nanti kita akan bagi ubat bius yea.Nanti you akan rasa dizzy2x...pening2x..dan tak sedar.Entah,aku pun memang tak sedarla ..sedar-sedar nurse panggil, puan, boleh alih ke bed tak? kita dah siap.Mak ngan encik hubby dah kat sebelah, diorang kata dalam 20 minit la lebih kurang. Hah?dah siap?tak sakit apa pun, Alhamdulillah dah selamat.

Inilah janinku yang kukandung 3 bulan (mengikut tarikh period dan sarung);



Maka malam tu, selepas membersihkannya encik hubby pun menyemadikannya di hadapan rumah kami di tepi pokok pisang. Maka teresak-esaklah kakak-kakak menangisi pemergiaan adik tersayang. Sayang ibu dan papa, bersemadilah wahai anakku. Kami sentiasa akan mengingati dan menyayangimu kerana kehadiranmu dalam rahim ibu hanya seketika menumpang di sini.Inilah anak ke-4 ibu.Allah dah tempatkan sayang disyurganya Insya Allah dan akhir kalam Al-Fatihah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...