Skip to main content

Langkah Demi Langkah Untuk Membeli Rumah Lelong


Sahabat saya iaitu Ahmad Tarmizi Jusoh seorang Peguam, Pelabur & Penulis telah menulis panduan langkah demi langkah untuk membeli rumah lelong. Satu panduan yang sangat menarik sebab langkah yang praktikal dan mudah untuk diikuti, Langkah demi Langkah. 

Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?
Inilah satu-satunya ebook yang akan memberikan anda panduan lengkap langkah demi langkah bagaimana membeli rumah lelong dan menjana keuntungan darinya. Antara isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini ialah:-

BAB 1: Keistimewaan Melabur Hartanah Lelong.
6 Sebab mengapa melabur di dalam hartanah lelong adalah lebih baik dari pelaburan yang lain.

BAB 2: Sebab-sebab Hartanah Dilelong.
5 Sebab mengapa sesuatu hartanah di lelong.

BAB 3: Persediaan Awal Sebelum Melabur.
7 persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menceburkan diri di dalam dunia pelaburan hartanah lelong, serta ketahui orang-orang yang terlibat yang perlu anda dekati untuk memastikan kejayaan anda di dalam pelaburan hartanah ini.

BAB 4: Bajet Memulakan Pelaburan Hartanah
7 sumber yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan modal permulaan anda di dalam pelaburan hartanah.

BAB 5: Jenis-jenis Hartanah Yang Dilelong
Sangat penting untuk anda mengetahui jenis serta ciri-ciri hartanah lelong yang ingin anda beli, silap beli, anda akan kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit.

BAB 6: Membeli Hartanah Pra-lelongan
Ya! Anda sebenarnya boleh mendapatkan sesebuah hartanah lelong itu sebelum ianya di lelong. Ketahui bagaimana cara untuk mendapatkannya di bab ini.

BAB 7: Membeli Hartanah Dilelongan Awam
Apakah perkara yang perlu anda teliti pada sesuatu hartanah lelong sebelum anda mengambil keputusan untuk memasuki bilik lelongan, serta apakah dokumen-dokumen yang diperlukan? Bab ini menerangkannya dengan terperinci.

BAB 8: Membeli Hartanah Pasca Lelongan
Tidak ramai yang mengetahui kaedah ini, anda masih boleh membeli rumah lelong walaupun selepas hari lelongan diadakan. Tekniknya ada diterangkan disini.

BAB 9: Mendapatkan Pembiayaan Bank
Apakah dokumen yang diperlukan? dan.. Bank apakah yang memberikan kelulusan yang segera? Jawapannya di dalam bab ini.

BAB 10: Memohon Surat Kebenaran
Sesetengah rumah lelong memerlukan anda mendapatkan surat kebenaran dari pihak berkuasa. Jangan melakukan kesilapan ini dan ketahui rumah jenis apakah yang memerlukan surat kebenaran.

BAB 11: Tindakan Selepas Lelongan
Apa yang perlu dilakukan setelah anda berjaya memperolehi rumah lelong? Panduan berserta kos yang terlibat ditunjukkan di dalam bab ini.

BAB 12: 7 Strategi Membuat Untung Dari Hartanah Lelong
Bukan hanya setakat jual atau sewakan, tetapi, ada banyak lagi cara anda boleh menjana keuntungan dari rumah anda.

Ebook Rahsia Rumah Lelong

Comments

Anonymous said…
good post, added you to my RSS reader.
Anonymous said…
Great post. Kak boleh ker suggest pejabat lawyer yg boleh saya peroleh serVice untuk beli rumah lelong?
Anonymous said…
Kajang kak

Popular posts from this blog

Kantung Tanpa Janin

RENTETAN KEHAMILAN -->  Maka aku pun pergilah sahkan ujian UPT kat klinik bersalin pada 29.11.2012.Memang positif.Bila scan, doktor kata ok, dah nampak karung yang makin membesar,kalau ikutkan period dalam 6 minggu.Cuma biasala kalau scan tak berapa nampak lagi, cuma nampak karung je. 
Next appointment pada 15.12.2012  untuk pengesahan.Tarikh jangka bersalin tak conform nanti kita cek pada 15.12.2012 ni la.Aku pun pelik doktor ni, kalau tak mesti dari last period tu dia dah tau jangkaan due date ku.Musykil-musykil. Lagipun dah dua anak aku bersalin di kliniknya. Cuma dia bagitau aku, saya ada cek sorang ni,ujian UPT negatif, scan tak ada, bila dah masuk 3 bulan memang nampak scan 3 bulan tuh.Aku agak mesti scan dia tak canggih. Hahaha padahal dah dua anak aku bersalin kat sini kenapa time ni pulak jadi tak canggihnya???. Sebenarnya untuk menutup gundahku.
Sepatutnya appointment 15.12.2012, aku datang 17.12.2012, ni hasil scannya:

Nampak apa-apa tak?aku tak faham.Tapi katanya masih …

Tukang Urut Bersalin, Mengurut Bersalin Kuala Terengganu

Terima kasih kepada blog follower saya.Erm..maaf sebab lama saya tak update blog saya.Rupanya dah bersawang dengan sarang labah-labah yang cute :)

Nanti saya update lagi dengan pos-pos menarik tentang apa saje ye. Ok yang ni saya nak update pasal tukang urut di Terengganu.

Baru ni masa balik Terengganu saya mengurut dengan seorang sis ni, dia ni asalnye seorang Nurse Terlatih.Maknanye pemegang diploma in nursingla.Kemudian dia berhenti kerja sebab dia ni tak suka terikat dengan masa kerja shift. Maklumkan nurse gomen kerja shift dengan anak-anak kecik lagi. Lagi pun rezeki dari Allah anak-anaknya ramai :) . Sekarang dia sedang berusaha menghabiskan diploma in mengurut-mengurut pulak sebab sekarang tukang urut semua dah kena ada tauliah katanya.Saya pun tak faham sangatla pasal ni, cuma kat sini saya nak promote dia skit..chewahhh..macamla dapat komisyen.. Dia mengurut best.Saya aritu mengurut seluruh badan..huhuhu..lame pulak tu..adela dalam 1 jam stgh ke 2 jam terrr...Dahla kita ni …

TEKANAN SEMASA MENGANDUNG MEMPENGARUHI BAYI

Persoalan pada minggu ini, adakah tekanan (stress) yang dialami oleh ibu semasa mengandung mempunyai kaitan dengan perkembangan emosi kanak-kanak?

Tekanan (stress) mempunyai banyak dimensi pengertian. Salah satu daripadanya mendEfinasikan tekanan (stress) sebagai sebarang bentuk kesedaran psikofisiologikal yang boleh meletihkan sistem tubuh badan sehingga membawa kepada tidak berfungsi dan berpenyakit.

Ia mungkin berbentuk fizikal seperti penyakit mental seperti risau, gelisah dan spiritual seperti perasaan berdosa dan bersalah. Umum mengetahui bahawa tekanan (stress) menjadi begitu negatif sekiranya ia melepasi paras keupayaan seseorang menanganinya. Ia menjadi positif sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dan meningkatkan kekuatan mekanisme adaptasi.

Banyak perhatian para doktor ditumpukan kepada kelainan-kelainan mental yang berlaku selepas bersalin daripada melihat kepada masalah-masalah semasa mengandung yang mungkin memberi kesan semasa bayi.

Ini kerana pengetahuan kita tentang se…