Skip to main content

Bagaimana Nak Beli Rumah Lelong (Part 1)




Belian Hartanah Lelong

Bagaimana Cara-cara Membeli Rumah Lelong (Part 1)

Kisahnya bermula semasa saya mengandungkan anak yang sulung. Kira-kira 7 bulan usia kandungan, kira-kira 7 tahun yg lepas, tahun 2005. Saya godek-godeklah iklan dalam satu laman web www.lelongtips.com (kredit to laman web ni) bukan nak promote ye dan saya pun bukannye agen syarikat ni..sekadar berkongsi,kot-kot la nak window-window shopping.

Masa tu saya dan suami baru aje memulakan kerja. Kerja kerajaan, kata orang cukup bulan habis bulan ( Betul ke istilah ni ye).Hidup pulak di kota besar penuh metropolitan ni.  Mencabar mindala jugak. Nasib baik masa tu duk menyewa rumah kakak ipar.Unit Ground Floor di Shah Alam, rate sewa biasa semasa itu kalau unit Ground Floor ni RM400 tapi kakak ipar bagi RM250.00.Jimatla RM150.00.Boleh buat isi minyak. Jimat-jimat $$.Duduk Shah Alam dan kerja Kuala Lumpur.Tak ada la jauh sangat.

Bila tengok iklan medium cost apartment (kita panggil flat) lelong tu, No 10X  Ground Floor, Block 5X, Seksyen 24, Shah Alam. Keluasan 700 sqft. 3 bilik, 1 bilik air. Tarikh lelongan 27 December 2005 kami pun terus pergi survey rumah tu ye lah berdekatan dengan rumah yang kami duduki. Tapi tak masuk dalamla, kita kena hormati orang yang duk kat dalam tu, mana la tau tuan dia ke kan, kalau penyewa tak pe la..nanti tuan dia tak ke kecik hati dia pulak kan..kan?? memadailah tengok-tengok kawasan, senang ke nak buang sampah, kejiranan macamana, kemudahan asas, sekolah, kedai, pasaraya. Pendek kata semua complete la. Reserve Price RM58,320.00.Masa tu kami bab rumah.Blur and zero lah. Pergi cek kelayakan loan kat bank. Pihak bank kata lepas sangat kalau harga rumah banyak tu. Alhamdulillah. Lepas satu bab.

Kami pun tanya agen lelongtips tu macamana cara. Dia pun guidela. Kena sediakan deposit 10%. Masa tu lelongan Bank RHB. Buat bank draft ke RHB Bank Berhad sebanyak RM5,832.00. Kami kira la duit simpanan lepasla duit deposit.Yeshhh..Hehe..ye la orang baru nak mulakan hidup.Baru kahwin,kemudian terus Allah kurniaan kami rezeki kat dalam perut..Mana ada duit sangat kan..kan? kami punya cara, walau macamana pun hidup kami taknak menyusahkan mak ayah kami. Susah senang kami cuba hadapi. Kami berkenalan time belajar, time belajar pun mana ada duit. Yang penting jimat. Sikit-sikit lama-lama banyakla.

Ok,lepas bab 10% deposit. Agen kata cuba buat carian dekat pejabat tanah,kot-kot tanah tu ade caveat (Sekatan). Kami tak pegi pun, malas nak peningkan kepala. Kami hanya berserah kepada Allah.Kerana kami yakin akan pertolongan Allah. Kami berdua sembahyang hajat. Huuuu..nak invest puluhan ribu ni takut jugak. First asset yang kami cuba miliki…

Sambungan di Bagaimana Cara-Cara Membeli Rumah Lelong (Part 2) Tunggu..

Comments

Hanie said…
Cerita ni sedikit sebanyak membantu sy pun sedang dlm proses nk try msk utk beli umh lelong.. blurrr jugak la...

http://rujukvitaminku.blogspot.com
perkongsian yang menarik.. sekarang ni pun, tengah fikir nak beli rumah jugak. tapi harga rumah tersangat mahal dah sekarang. huhuu
welina said…
take time..insya allah kalau ada berkenan dan harga menarik try pergi bid.

Popular posts from this blog

Kantung Tanpa Janin

RENTETAN KEHAMILAN -->  Maka aku pun pergilah sahkan ujian UPT kat klinik bersalin pada 29.11.2012.Memang positif.Bila scan, doktor kata ok, dah nampak karung yang makin membesar,kalau ikutkan period dalam 6 minggu.Cuma biasala kalau scan tak berapa nampak lagi, cuma nampak karung je. 
Next appointment pada 15.12.2012  untuk pengesahan.Tarikh jangka bersalin tak conform nanti kita cek pada 15.12.2012 ni la.Aku pun pelik doktor ni, kalau tak mesti dari last period tu dia dah tau jangkaan due date ku.Musykil-musykil. Lagipun dah dua anak aku bersalin di kliniknya. Cuma dia bagitau aku, saya ada cek sorang ni,ujian UPT negatif, scan tak ada, bila dah masuk 3 bulan memang nampak scan 3 bulan tuh.Aku agak mesti scan dia tak canggih. Hahaha padahal dah dua anak aku bersalin kat sini kenapa time ni pulak jadi tak canggihnya???. Sebenarnya untuk menutup gundahku.
Sepatutnya appointment 15.12.2012, aku datang 17.12.2012, ni hasil scannya:

Nampak apa-apa tak?aku tak faham.Tapi katanya masih …

Tukang Urut Bersalin, Mengurut Bersalin Kuala Terengganu

Terima kasih kepada blog follower saya.Erm..maaf sebab lama saya tak update blog saya.Rupanya dah bersawang dengan sarang labah-labah yang cute :)

Nanti saya update lagi dengan pos-pos menarik tentang apa saje ye. Ok yang ni saya nak update pasal tukang urut di Terengganu.

Baru ni masa balik Terengganu saya mengurut dengan seorang sis ni, dia ni asalnye seorang Nurse Terlatih.Maknanye pemegang diploma in nursingla.Kemudian dia berhenti kerja sebab dia ni tak suka terikat dengan masa kerja shift. Maklumkan nurse gomen kerja shift dengan anak-anak kecik lagi. Lagi pun rezeki dari Allah anak-anaknya ramai :) . Sekarang dia sedang berusaha menghabiskan diploma in mengurut-mengurut pulak sebab sekarang tukang urut semua dah kena ada tauliah katanya.Saya pun tak faham sangatla pasal ni, cuma kat sini saya nak promote dia skit..chewahhh..macamla dapat komisyen.. Dia mengurut best.Saya aritu mengurut seluruh badan..huhuhu..lame pulak tu..adela dalam 1 jam stgh ke 2 jam terrr...Dahla kita ni …

TEKANAN SEMASA MENGANDUNG MEMPENGARUHI BAYI

Persoalan pada minggu ini, adakah tekanan (stress) yang dialami oleh ibu semasa mengandung mempunyai kaitan dengan perkembangan emosi kanak-kanak?

Tekanan (stress) mempunyai banyak dimensi pengertian. Salah satu daripadanya mendEfinasikan tekanan (stress) sebagai sebarang bentuk kesedaran psikofisiologikal yang boleh meletihkan sistem tubuh badan sehingga membawa kepada tidak berfungsi dan berpenyakit.

Ia mungkin berbentuk fizikal seperti penyakit mental seperti risau, gelisah dan spiritual seperti perasaan berdosa dan bersalah. Umum mengetahui bahawa tekanan (stress) menjadi begitu negatif sekiranya ia melepasi paras keupayaan seseorang menanganinya. Ia menjadi positif sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dan meningkatkan kekuatan mekanisme adaptasi.

Banyak perhatian para doktor ditumpukan kepada kelainan-kelainan mental yang berlaku selepas bersalin daripada melihat kepada masalah-masalah semasa mengandung yang mungkin memberi kesan semasa bayi.

Ini kerana pengetahuan kita tentang se…