October 28, 2012

Bagaimana Cara-Cara Membeli Rumah Lelong (Part 2)


Belian Hartanah Lelong

Bagaimana Cara-Cara Membeli Rumah Lelong (Part 2)

Seperti yang telah saya tuliskan tentang Bagaimana Cara-cara Membeli Rumah Lelong (Part 1) saya sambung kembali cara-cara membeli rumah lelong.


Setelah saya survey rumah tersebut dan berpuas hati, deposit 10%  dan sediakan bank draft. Maka, tibalah hari yang ditunggu, pada 27 Desember 2005, Tempat Lelongan Masa tu ialah di MENARA HB/ WISMA HB, MEGAN AVENUE II, Jalan Yap Kwan SengWow, ramainya orang. Berdebar ada, surprise ada, semuanya bercampur-campur. Maklumlah 1st time dalam hidup.



Dimulakan dengan Lot No.1, pembida-pembida standby. Suasana bertukar menjadi makin meriah.Masing-masing memulakan dengan seronok.Ceria.Tibalah lot yang saya nak bida.Hah?? 5 orang pembida.wow..teruja sangat. Tawakkal la..saya target pun paling tinggi pun RM70,000.00 kalau lebih dari tu saya berhenti. Tapi… sesuatu yang tak disangka telah berlaku, rupanya semua pembida lain ada semasa itu adalah Cina dan India, Lot saya tu lot Bumiputera. Auctioneer (pelelong) pun memaklumkan bahawa lot itu telah dimenangi oleh saya dengan Reserve Price. Alhamdulillah, Syukurnya.Suasana tegang seketika kerana ada bidder yang bagitau dia dah amik cutila..sepatutnya flight pukul bla-bla lah..so..kalau itu rezeki kita, Insya Allah tak ke mana.Sekali lagi Syukur kepadamu Ya Allah.Ingat,pergilah dengan Solat Istikarah dan Solat Hajat. Insya Allah akan dipermudahkan dan sesuatu yang tak disangka mungkin terjadi.


Pergilah saya tandatangan Agreement. Maka dalam masa 120 hari saya perlu cari loan dan lawyer untuk selesaikan kes saya, Kalau lebih dari tu takut kena penalty. Bank untuk buat loan saya dah prepare sebab bank yang lelong Bank RHB saya pun ambik loan dengan RHB jugak, nak cepatkan semua proses, lawyer pun saya dah prepare untuk buat kerja urusan pembelian beli rumah lelong ni kena cari lawyer yang biasa dengan rumah lelong.Kalau tak masak kita kena tanggung kos-kos akibat lambat kerjanya.Kalau nak tahu siapa lawyer tu, saya boleh propose kan. Kerja sangat professional. Laju.Terima kasih semua. Dapatla satu unit lelong dengan harga Reserve Price RM58,320.00 Market Value semasa itu RM90,000.00. 

Kalau semasa saya membeli rumah lelong tak banyak info tentang rumah lelong tetapi sekarang sangat banyak, dan saya pun suka sangat baca satu Ebook Tentang Rumah Lelong Ini.

5 comments:

nurhidayati said...

Salam nak tanya sket boleh? Saya pun dlm proses nak g auction mahkamah utk rmh lelong.. Brapa byrn agen cas pd awak ye.tq

shukor hadran said...

Salam. Blh bg sy contact lawyer yg dimaksudkan tu. Sy jg sdg cr lawyer utk rmh lelong pertama sy. Shukor@DamansaraDamai

shukor hadran said...

Salam. Blh bg sy contact lawyer yg dimaksudkan tu. Sy jg sdg cr lawyer utk rmh lelong pertama sy. Shukor@DamansaraDamai

Fikri said...

Salam.
Saya tengah mencari lawyer utk rumah lelong pertama saya.
Boleh emailkan pada (krolfikri@yahoo.co.uk)

Thanks
Fikri

Anonymous said...

Salam.boleh bagi saya contact no lawyer yang dimaksudkan tu? old_legend@ymail.com. terima kasih atas bantuan. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...